Wednesday, 30 April 2014

Faktor Penuaan yang Menghalang Awet Muda

Awet muda menjadi idaman setiap orang terutamanya perempuan, betul tak? Kita akan cukup bahgia jika kawan kita cakap kita nampak muda dari usia, mesti senyum sampai ke telinga. Kalau masa tu tengah sembang dekat kedai makan mesti kita belanja kawan kita kan?hahaha.
Ok jom kita lihat apakah faktor penyebab yang membuatkan kulit kita melalui proses penuaan dengan cepat dan sekaligus menghalang kita daripada awet muda >_<.

Tanda-tanda jelas penuaan yang biasa ditunjukkan ialah:
  • kedutan
  • penipisan kulit
  • kulit menggelebeh
  • kulit kering dan gatal
  • garis-garis halus terutamanya jelas kelihatan di bahagian dahi dan mata

Apakah faktor-faktor PENUAAN?


Pendedahan terhadap cahaya matahari
Sebahagian besar kulit manusia terdedah kepada cahaya matahari. Sinar UVB dan UVA boleh menyebabkan kulit berkedut dan penghasilan bintik-bintik hitam pada kulit wajah khasnya serta boleh membawa kepada kanser kulit. Semakin lama kulit kita terdedah dengan persekitaran luar, semakin cepat kulit akan rosak. Akan tetapi, pada masa kini terdapat berbagai-bagai jenis krim dari pelbagai jenama bagi melindungi kulit akibat cahaya matahari ada dijual di pasaran. Terpulanglah kepada kita untuk memilih produk yang bersesuaian dengan kulit kita!

Cuaca sejuk
Cuaca dan suhu yang rendah boleh menyebabkan kulit kering dan sekali gus mempercepatkan proses penuaan. Persekitaran sejuk menimbulkan masalah kerengsaan kulit. Oleh itu, gunakanlah pelembap dan pakaian bersesuaian apabila menghadapi cuaca sejuk.

Merokok
Merokok membahayakan kesihatan dan mempercepatkan proses penuaan berikutan perubahan kimia dalam tubuh perokok. Vitamin C yang merupakan bahan penting dalam memastikan kulit lembap dan bertenaga akan berkurangan dan mengurangkan oksigen dalam sel tubuh badan.

Kurang bersenam
Kita perlu mengambil berat dalam mengamalkan cara hidup sihat dengan membuat senaman sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Bersenam mampu menguatkan kulit, otot dan peredaran darah yang lancar. Bersenam memberi tenaga kepada tubuh di samping membuatkan kita gembira, ceria dan nampak muda!

Tekanan
Keadan stress menyebabkan kita mudah risau dan gelisah. Dalam masa yang sama dahi akan mengerut dan otot-otot muka akan berterusan melakukan pergerakan yang sama. Jadi dengan itu, cubalah kawal tahap tekanan di samping memberi ketenangan kepada tubuh dan minda.

Tidur yang tidak mencukupi
Tidur malam yang tidak cukup boleh kelihatan di wajah pada keesokan harinya. Lingkaran gelap di bawah mata, kedutan dan kulit menggelebeh adalah tanda-tanda kurang tidur dan rehat yang secukupnya. Faktor ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kulit malah meningkatkan faktor hilang ingatan, pemikiran negatif dan kemurungan.

Kepentingan Kolagen Untuk Kekal Cantik dan Awet Muda

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment