Monday, 6 March 2017

Tantrum;Tips Menangani Anak Mengamuk

Tetiba anak anda mengamuk,tantrum tak tentu pasal. Tak ade angin tak ade ribut macam gitu, pernah tak ibu2 atau ayah2 di luar sana hadapai keadaan macam ni? Yati rasa, mesti ibu bapa pernah mengalami keadaan anak mengamuk atau tantrum ni kan. Macam yati sendiri, anak no 2 Uwais Dzulkarnain dia punya angin lain sikit. Bila datang tanrum dia tu..menguji tahap kesabaran ibu 200%...Tu waktu dia tantrum lah...hari biasa ok je..senyuman manis mengalahkan madu,lemah lembut,sopan santun orangnya.hehehehe

tantrum-menangani-anak-mengamuk
Anak Bertuah Ibu Uwais Dzulkarnain
Artikal kali ini yati nak kongsikan sedikit sebanyak tips untuk menangani anak mengamuk atau tantrum ini. Perkara yang paling penting dan utama ialah sikap S.A.B.A.R ibu dan ayah yang perlu di naikkan kepada semaksimum yang mungkin.....SABAR ni paling utama...sebabnya memang kena sabar, tak de cara lain kena sabar.:-)

Apabila anak kita mengamuk, antara perkara yang boleh dilakukan ialah:-

1.BERTENANG
Apabila anak mula mengamuk, ibu dan ayah perlu bertenang,relaks hadapi dengan senyuman. Jangan cepat marah,jangan cepat naikkan suara.Kita guna reverse psychology...biar anak kita fikir "eh ibu relaks je,tak marah pun"..lebih kurang gitulah. Kadang2 berkesan...kadang2 dia lagi kuatkan volume suara tu kan..bertabahlah.

2.CUBA PUJUK
Cuba bertanya dengan baik, kenapa, mengapa anak mengamuk. Selalunya anak2 ni dia mengamuk sebab keinginan dia tak dapat kita laksanakan dengan kehendak yang dia nak. Jadi dia nak bagitahu tak pandai, caranya adalah mengamuk, Pengalaman yati selalunya, dia nak macam ni, tapi yati tak faham apa yang dia nak..so mengamuk la tak tentu pasal.Kadang disebabkan salah bagi respon apa yang dia cerita je pun, boleh mengundang tantrum...bertabahlah...hahaha. Cuba buat mengikut kehendak anak disini.

Doa-memlembutkan-hati-anak-mengamuk
Doa Pelembut Hati Anak


3. BAGI PELUKAN & BACA DOA PELEMBUT HATI
Cuba peluk erat-erat, untuk permulaan anak akan melawan, so kita kena cuba banyak kali. Mungkin percubaan ke 4  baru anak akan terima pelukan kita dan cuba cool down kan diri. Sambil peluk tu bacalah doa pelembut hati untuk anak2..tiupkan diubun2 kepala.Pelukan ni selalu menjadi dengan yati untuk anak yang sulung, abang Ukasyah. Contoh keadaan bangun pagi nak pergi sekolah...masuk bilik air dia nangis..biasalah mood ngantuk, tak nak mandi ada jelah pagi2 tu kan...so apa yang yati buat ialah bagi pelukan dulu..permulaan abg Ukasyah akan nangis bertambah kuat dan sambil peluk tu bagilah kata2 semangat dan positive sikit..lebih pun tak pe. Lepastu abg Ukasyah akan diam dan mandi dengan tenangnya...Alhamdulillah..legakan.hehehe

tips-menangani-anak-tantrum
Alih Perhatian Anak

4.ALIHKAN FOKUS
Tips ni jika berlaku di hypermarket, contohnya giant atau tesco. Jika anak kita meminta sesuatu yang mengarut dan kita tak nak memenuhi permintaannya, kita kena cepat2 alihkan fokus anak kita daripada perkara yang menarik minat anak kita itu. Cubalah dengan pujuk nak pergi tengok sesuatu yang lebih menarik yang boleh membuatkan anak anda teruja. Macam yati..sebelum masuk mall tu memang dah pesan siap2...tak boleh beli mainan tak boleh beli sesuka hati.Kalau tak, ibu balik. Tapi selagi namanya kanak-kanak...perjanjian tu ingat 10 minit pertama je kan...bila sampai tempat kejadian...perjanjian dalam kereta tadi tu dah bertebangan bersama-sama angin dalam mall tu...

Tips-menangani-anak-tantrum
Asingkan Anak Bila Mengamuk

5.ASINGKAN ANAK
Apabila anak mengamuk, kita cuba bawa anak kita masuk bilik atau tempat tiada orang.Kadang kala persekitaran sekeliling lagi menambahkan lagi tantrum anak. Bawa masuk bilik, tenangkan,bincangkan elok2...insyaallah anak akan perlahan-lahan dapat bertenang.

6. BERSIFAT TEGAS
Sesekali kita kena bersifat tegas, supaya anak faham dengan mengamuk bukan penyelesaian yang terbaik untuk mereka. Kalau kita tahu anak kita mengamuk semata2 nak kita belikan juga mainan atau gula2...so kita bertegas tidak menunaikan keinginan mereka..atau boleh buat perjanjian (jika anak dah faham), contoh lain kali kita tak bawa dah mereka ke mall, atau lain kali tiada mainan untuk mereka.

Sebagai ibu bapa...selalulah berkomunikasi dengan anak2..bersembang, dengar apa yang mereka nak bercerita.Sekali sekala kita bagi nasihat...anak-anak 100 kali dengar ungkapan yang sama pasti akan melekat juga didalam ingatan diaorang. Lagipun..jika bukan kita ibu bapa yang nak mendidik dan nak menasihati anak2 kita siapa lagi kan....:-)


Ibu ayah mencari multivitamin terbaik yang SELAMAT & SEMULAJADI untuk anak-anak?Yati kongsikan dalam entry di bawah :

Multivitamin Terbaik Rahsia Anak Membesar Dengan Sihat dan Cemerlang



Lagi Tips Menarik untuk ibu bapa cemerlang di luar sana. Cara mengejutkan anak bangun tidur dengan gembira.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi  bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 5 March 2017

Amalan Murah Rezeki ;Rezeki Melimpah Ruah Seperti Air Mengalir

Kalau aku kaya
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Antara seni kata lagu kalau aku kaya nyayian ultimet...yati percaya semua orang atas dunia ni mesti semua nak kaya,nak duit banyak..nak rumah besar..nak kereta mewah..kan,..kan..kan...termasuk lah yati sendiri.hehehe.

Kekadang kita minta, berdoa dengan Allah agar dikurniakan dengan kerja yang bergaji berpuluh ribu di bandar besar, tapi Allah aturkan kita mendapat pekerjaan di kawasan luar bandar dengan gaji yang sedikit dan kadang2 kita dapat pekerjaan yang langsung kita tidak suka..Kita minta dengan Allah supaya bisness kita maju dan jualan beribu setiap bulan, tetapi nak dapat sepuluh ringgit dalam sehari pun sakit. Jadi mula la hadirnya perasaan tidak puas hati, tidak bersyukur dan kecewa kan?Ingatlah percaturan Allah taala adalah yang terbaik..yang menjadikan sebaliknya adalah kita sendiri...apa salahnya kita terima dengan redha dan laksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik yg mungkin.In shaa allah setiap apa yg kita lakukan ALLAH tidak pernah terlepas pandang dan yakinlah dengan ALLAH taala.
Amalan-murah-rezeki-melimpah-ruah
Kenapa Susahnya Untuk Menjemput Rezeki

Ingatlah rezeki bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit..tetapi tanpa kita sedari rezeki datang dalam pelbagai bentuk..contohnya kita diberikan jiran2 yang baik..dimana apabila kita menghadapi musibah jiran kita datang untuk memberikan pertolongan, kita di kurniakan anak2 yg sihat dan comey2..kita diberikan..kawan2 yang sentiasa boleh diharap tatkala kita menghadapi masalah...kita diberikan keluarga yang bahagia yang sentiasa bersama2 tatkala kita susah dan juga senang..definasi rezeki itu sangatt luas kan...
Buka mata buka hati pasti kita akan nampak betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang ada di atas muka bumi ini.

Kali ini yati nak kongsikan dengan semua antara amalan-amalan untuk kita sama-sama lakukan bagi menjemput rezeki dengan mudah dan tidak disangka-sangka.

Amalan-murah-rezeki
Amalan Murah Rezeki

20 amalan untuk dipraktikkan agar di murahkan rezeki

1. Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Mengingati Allah

Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Amal Kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Bangun seawal Pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Mengeratkan Silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

Solat-dhuha-murah-rezeki
Solat Dhuha Kunci Murah Rezeki

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: Jais

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Friday, 3 March 2017

Tip Atasi Masalah Sembelit di Kalangan Ibu Hamil

Masalah sembelit dikalangan ibu hamil sering berlaku ketika ibu mengandung.Masalah sembelit ni adalah perkara biasa..tapi akan menjadi mimpi ngeri jika ianya berlanjutan dan menyebabkan pendarahan berlaku semasa membuang air besar.

Pengalaman yati sendiri, sewaktu hamil anak sulung mengalami sembelit sehinggalah berlakunya buasir ketika bersalin.Bayangkan sakit bersalin dan ditambah pula dengan sakit buasir...Allah...sama-sama nangis dengan baby.Bila nak duduk tak selesa apatah lagi bila rasa nak membuang,jadi takut sangat sebab sakitnya hanya Allah je yang tahu.

Masalah-sembelit-ketika-hamil
Masalah Sembelit Ketika Hamil

Antara faktor yang menyebabkan masalah sembelit berlaku adalah disebabkan perubahan hormon semasa hamil yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman.

Tips Kurangkan Masalah Sembelit Ibu Hamil

1.Amalkan makanan serat dalam menu harian.

Antara makanan serat yang boleh diambil seperti cereal, beras perang, kekacang, sayuran berdaun hijau, brokolli, tomato dan sebagainya. Jadikan menu wajib harian anda.

Masalah-sembelit-ibu-hamil
Senaman Ibu Hamil

2.Senaman/Lebih banyak pergerakan

– Jangan takut untuk senaman ketika hamil. Banyakkan berjalan dan buat senaman ‘cycling’ boleh mengurangkan sembelit kerana otot-otot di bahagian perut aktif bekerja.

3.Minum Air putih yang banyak

-Badan yang mudah terhidrasi lebih cenderung untuk mendapat sembelit. Minum air masak lebih 3L sehari. Minum dengan kerap dan pastikan botol air anda sentiasa ada kemana sahaja anda pergi.

4.Pil Zat Besi

-Sesetengah wanita hamil sembelit disebabkan pil zat besi yang mereka ambil. Jadi jika itulah punca anda sembelit, bincang dengan doktor untuk menukar jenis pil yang lebih mudah dihadam.

Vitamin-sembelit-untuk-ibu-hamil

Testimoni Ostematrix untuk Ibu Hamil


5.Mengamalkan makanan tambahan Vitamin Shaklee untuk ibu hamil.


Pengalaman yati sendiri,mengamalkan vitamin shaklee semasa hamil anak kedua sangatlah terbaik,tiada masalah sembelit dan tiada buasir selepas bersalin.Serius sangat best.


 Order-vitamin-sembelit

BAGAIMANA OSTEMATRIX MEMBANTU MASALAH SEMBELIT IBU HAMIL?

Ostematrix adalah vitamin kalsium magnesium yang lengkap dengan vitamin D.
  • Ia membantu melegakan dan melembutkan otot usus dan menyebabkan pergeratkan otot usus menjadi lebih lancar.
  • Ia membantu menarik air kedalam usus. Ini akan menyebabkan kandungan air di dalam usus bertambah seterusnya membantu melembutkan najis.

Jika ibu-ibu hanya mengambil sumber kalsium semata-mata tanpa kehadiran magnesium, masalah sembelit akan menjadi lebih buruk sehingga boleh menyebabkan buasir. Ini kerana kalsium mengikat hempedu dan lemak di dalam usus dan dibuang dalam bentuk najis besar, yang membantu membersihkan kolon.




Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu masalah sembelit dikalangan ibu hamil diluar sana.
Jangan biarkan masalah sembelit menjadi mimpi ngeri dan bertambah parah iaitu buasir.

Puan boleh membuat pembelian terus secara online dengan klik gambar esell di bawah..


 Ostematrix untuk ibu hamil sembelit

Saya akan hubungi puan untuk cara makan ostematrix yang betul.Atau puan boleh hubungi saya yati di talian 013 222 1663 untuk tempahan,



Tiada Lagi Masalah Sembelit


Klik Link untuk Vitamin Shaklee Terbaik Untuk Ibu Hamil


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 2 March 2017

Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil dan Anak

Adakah anda sedang mencari vitamin yang terbaik untuk ibu hamil ?Jika ya..
Tahniah saya ucapkan kerana disini saya akan berkongsi tentang kebaikan Vitamin Shaklee untuk ibu hamil.

Vitamin semulajadi dan terbaik bukan sahaja penting untuk ibu hamil malahan juga amat penting bagi anak dalam kandungan supaya anak memperoleh zat dan nutrisi untuk pembesaran yang sempurna dalam kandungan ibu.

Vitamin-terbaik-untuk-ibu-hamil-dan-anak
Hamil Itu Indah

Vitamin ini penting kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir, membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan, mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.


Vitamin-terbaik-untuk-ibu-hamil-dan-anak
Vitamin Ibu Hamil Cergas

Ok,jom kita lihat satu persatu manfaat setiap vitamin kepada ibu dan anak dalam kandungan.

✔ Vita-Lea Iron Formula
- Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
- Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
- Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
- Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung, ini kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah ‘ditarik’ oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim.
- Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..
- Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..
- Oleh itu, pertumbuhan bayi yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna.


✔ Vitamin B Compleks
-B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
- Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. – Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
- Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


✔ Vitamin C 500mg
-Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
-Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.(immune Booster)
-Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


✔ OsteMatrix (calcium magnesium)
- Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
- Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
- Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.
- Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
- Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
- Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
- Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
- Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


✔ Energizing Soy Protein(ESP)
- Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
- Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
- Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
- Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
- ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
- Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
- Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
- Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. Namun ia boleh diambil seawal trimester ke 2.


✔ Omega 3 (Omega Guard)
- Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
- DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
- Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Dapatkan Vitamin hamil Shaklee yang terbaik hari ini juga,bertindak sekarang kerana anda insan terpilih oleh Allah untuk merasa denyutan nadi si kecil dalam badan anda.Jadikan kenangan hamil adalah kenangan terindah anda bersama si comel.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 1 March 2017

Amalan Ibu Hamil Untuk Anak Soleh

"Tahniah,anda positive hamil",antara ucapan yang paling indah di dunia bagi seorang ibu dan ayah.Bermulalah episod 9 bulan seorang ibu membawa anugerah terindah dalam kandungan. Dari saat ini,ibu dan ayah perlu membuat persediaan dari awal kandungan lagi untuk membentuk anak yang soleh dan solehah serta segala urusan ibu dipermudahkan sepanjang kehamilan.


Amalan-Ibu-Hamil-Untuk-Anak-Soleh


Antara amalan yang disarankan ialah:


1. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
  • Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
  • Surah Yaasin - Mengelakkan gangguan syaitan
  • Surah Taubat
  • Surah Maryam - untuk mudah bersalin, anak soleh dan taat
  • Surah Yusof  - utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna
  • Surah Luqman - utk mendapatkan anak yg taat dan bijak
  • Surah Al-hujuraat - untuk memperbanyakkan susu ibu
2. Doa Nabi Yunus

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu : 

               Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِÙŠ 
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zoolimin)
  
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

3. Doa di permudahkan urusan

                                 
            "Kemudian jalannya dimudahkan"        (Surah Abasa: ayat 20)


                            ربي يسر ولا تعسر 
                                                rabbi yassir wa la tu’assir 
                        "Wahai tuhanku permudahkanlah dan jaganlah kau susahkan"

4.Amalkan pemakanan yang sihat supaya ibu dan anak dalam kandungan dalam keadaan baik sihat sempurna. Tugas kita adalah jaga, anugerah yang Allah bagi sehabis baik.Selain daripada makanan sunnah,ibu hamil digalakkan menambah makanan tambahan yang mengandungi pelbagai zat nutrisi untuk keperluan ibu hamil dan juga baby.

Vitamin Ibu Hamil Untuk Anak Sihat
Vitamin Ibu Hamil untuk Anak Sihat

Yati doakan semua ibu hamil diluar sana dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.Aamiin

Kenapa Ibu Hamil Perlu Vitamin?

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 12 January 2017

PENGEDAR SHAKLEE PASIR MAS YANG TERBAIK

Assalamualaikum dan selamat hari yang indah...

Anda mencari pengedar Shaklee Pasir Mas yang aktif dan terbaik? Tahniah, anda membuat pilihan yang tepat dan betul. Anda boleh hubungi saya di talian 013 2221663 (yati), saya akan layan dengan semesra dan segera yang mungkin. Jangan segan,jangan malu,,,kita sembang2..bagitahu apa masalah dan saya akan cadangkan set vitamin Shaklee yang sesuai dengan anda.

Kebiasaannya yati akan jumpa pelanggan yati di depan Pantai Timur Pasir Mas, Stesen Bas Pasir Mas, Pasaraya Salamku Tendong, Petronas Pasir Pekan....yati akan set masa dan hantar ke tempat yang kita janjikan. Anda diluar kawasan yang yati sebutkan? Jangan risau, bagitahu je..insyallah yati akan usahakan...jika di luar kawsan yang tak tercapai untuk yati hantar...abang posmen ada untuk tolong hantarkan..:-)



Kalau Nak Jadi Ahli Shaklee Macam Mana?

Bolehkah jadi ahli? Ehhh..kenapa pula tak boleh?

Kalau jadi ahli, lebih jimat tau. Terus boleh dapat harga ahli.

Jika anda nak daftar untuk menjadi Ahli Shaklee. Anda boleh menggunakan number ID Shaklee saya (saya sebagai penaja)

Nama : Haryati Mat Yasim
NoID : 909121
NoHP : 013.222.1663


Atau boleh juga buat pembelian secara terus melalui online dengan klik gambar eSell di bawah.

 Order Vitamin Secara Teus

Selepas siap proses order yati akan hubungi anda untuk konsultasi secara exclusive cara makan vitamin dengan betul dan berkesan.






Langkah mudah order vitamin shaklee.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

KEISTIMEWAAN VIVIX SHAKLEE

Keistimewaan vivix shaklee adalah terletak kepada ramuan yang digunakan dalam Vivix itu sendiri.
Jika dibandingkan dengan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sebotol vivix, harga yang dijual sangatlah murah. Ini kerana bahan2 yang shaklee guna sangatlah berkualiti, berkhasit dan terbukti berkesan.

ANGGUR MUSCADINE
Anggur Muscadine merupakan salah satu ramuan exclusive yang terkandung dalam pembuatan Vivix.Mari kita baca fakta menarik tentang buah ini yang dikatakan harganya mencecah rm100 sebiji... wow baik beli sebotol Vivix dari sebiji Anggur Muscadine ini kan.... 
.

√Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.

√Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF!

√Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .

√Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.

√Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasanglebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.

√Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak !

√Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003 , anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji.

√6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIEsKaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

√Ia mempunyai kadar RESVERATROL 6x lebih tinggi dari anggur merah. Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.

Hanya bahan yang terbaik & terpilih sahaja digunakan dalam pembuatan Vivix Shaklee..

Sms/whatsapp 0132221663 yati



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 11 October 2016

MASALAH JERAWAT HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Bangun pagi, tengok cermin.....terus down kan sebab tengok bintik2 merah, benda2 asing yang kita tak suka ada kat muka kita..kita mesti akan risau dan rasa sedih bila tengok jerawat tak hilang2.

Hari ni yati nak kongsikan vitamin yang dapat membantu masalah jerawat semua..Jom kita tengok Vitamin untuk kulit cantik bebas Jerawat.

Testimoni Kulit Cantik Dengan Vitamin Shaklee


♥B-Complex:
Lengkap dengan 8 kumpulan B, vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik samada dari segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan (anti-stress) dan bina tenaga metabolisme.

♥Vitamin-C:
Selain dari sebagai sumber kolagen dan Antioksidan yang kuat, Vitamin C juga merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

♥Vitamin-E dengan Selenium:
Sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak yang juga sangat baik untuk kulit, di mana ia turut menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan.


Testimoni Kulit Cantik dengan Vitamin Shaklee

" Tawakkal try set kulit vitamin Shaklee (Vit C & Vit E)...

Bila dah try SUPERB...Jalan tar kat dahi tu dah beransur pulih dengan muka yang kelam2 mula menamppakan SINAR":-)


Kawan2 yang ada masalaj jerawat,kulit kusam...boleh amalkan Vit C,Vit E & ESP...lepastu konsisten...nantikan dia punya penangan

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP

TAHUKAH ANDA?

1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah selama 6 jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah).

3. Jika kita sering membiarkan diri kita Stress, maka kita sering mengalami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHUATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita terdedah terhadap penyakit HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa "SOMBONG" (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water”
By: Dr. Masaru Emoto



Semoga kita semua dapat menjalani kehidupan yang baik-baik dan berjaya dunia akhirat.Aamiin


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 5 October 2016

Aura Serum Memberikan Kulit Wajah yang Bersinar Tanpa Parut

Assalamualaikum & salam indah untuk semua pembaca blog yati...

Artikal kali ini yati nak kongsikan satu berita gembira untuk mereka yang mengalami masalah kulit kusam, masalah parut jerawat dan masalah jeragat. Jika anda ada masalah semua ni..berita baik kerana anda berada di blog yang betul...:-)

AURA SERUM

Perkenalkan Aura Serum Jumina yang sangat-sangat Awesome....Serum yang berasaskan kunyit...dimana kita semua tahu manfaat kunyit dalam kecantikan kulit. Aura Serum ini mampu merawat masalah PENUAAN, PIGMENTASI, KEKERINGAN MELAMPAU, pori kulit yang besar, MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT DAN MEMUDARKAN JERAGAT.

Testimoni Aura Serum

KECANTIKAN KULIT WAJAH ANDA KINI LEBIH TERSERLAH DENGAN AURA SERUM JUMINA INI....

❤ Jumina Aura Serum ❤

💋Menyelesaikan masalah ruam
💋Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
💋Menyerap lebihan minyak keluar dari wajah
💋Anti penuaan dan anti septik
💋 Melembutkan & menegangkan kulit

Dengan khasiat ;
Kunyit, canadian willow herbs & stemcell

Price RM69 only / 25ml


*Yati sendiri dah cuba Aura Serum ni...sapu nipis2 di seluruh wajah kita selepas cuci bersih wajah muka..terasa kelembutan pada wajah...apa2 pun konsisten ok. Nanti yati kongsikan testimoni kulit yati sendiri selepas beberapa hari menggunakan Aura Serum ni. Jadi sudi2 lah melawat blog yati lagi ya.

Sekiranya anda berminat dengan Aura Serum yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, agen sah Jumina anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663