Thursday 26 June 2014

Tip hebat Kekal Langsing dan Sihat Sepanjang Ramadhan (Sebelum Puasa)

Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik Ramadhan datang lagi...Alhamdulillah bulan yang sangat2 di nantikan oleh semua umat islam. Semoga Ramdhan kali ini lebih baik, lebih bermakna untuk kita semua.Aamiin.

Bagi anda yang ingin menguruskan badan, inilah masa yang paling sesuai untuk anda. Namun jangan terlalu mengharap badan dapat kurus dalam hanya sebulan. Silap haribulan mungkin badan anda akan naik pada bulan ini.

Berikut beberapa tip yang boleh membantu anda segar dan sihat sepanjang berpuasa. Insyaallah tip ini dapat mencegah masalah dehidrasi dan kekurangan tenaga.

Sebelum puasa

1. Jangan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafien dan gula.Mulakan dengan perbanyakkan minum air putih.Contohnya 9-10 gelas.

2. Ambillah makanan dalam jumlah yang kecil setiap 2 jam sekali. tetapi elakkan mengambil kandungan garam yang tinggi kerana ia boleh mengurangkan kadar air dalam badan.

3. Apabila tiba waktu malam, nikmatilah hidangan makanan tinggi karbohidrat, lengkap dengan protein, serat dan vitamin. Walaupun anda akan bersahur pada waktu pagi, makan malam mestilah diambil seperti  iasa agar keperluan kalori mencukupi untuk hari itu.

4. Bangunlah sekurang2nya satu jam lebih awal untuk bersahur. Ini untuk anda menikmati makanan dengan santai dan perlahan.

5. Jangan makan terburu-buru ketika bersahur kerana ia boleh menyebabkan perut 'terkejut' (kemasukan makanan). Elakkan mengambil makanan pedas dan terlalu banyak lemak kerana makanan ini boleh menyebabkan perut anda mual dan perit.

6. Gunakan waktu imsak itu dengan minum segelas air putih, rehat seketika danmemberus gigi.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment