Sunday 27 October 2013

Khasiat Pisang yang Perlu Anda tahu

Hari ni yati nk share tentang tips pemakanan sihat. Makanan yang yati nk share adalah, buah pisang. Ha..kenpa buah pisang?sebab buah pisang ni boleh dikatakan semua orang kenal dan buah yang paling senang di jumpai di Malaysia. Di samping itu, harganya juga sangat murah dan boleh dibeli oleh semua golongan.
Kalau kat kg yati, yati taak payah susah-susah nak beli buah pisang..kenapa?sebab abah yati memang tanam pisang...so mkn je dengan percuma...:-)


Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.Boleh juga mengamalkan vitamin B complex shaklee...

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Tips Memilih Pisang:Kata pakar pemakanan pisang yang lebih bintik-bintik hitam mengandungi suatu bahan antikanser. Lebih banyak bintik-bintik lebih kuat tindakan antikanser. Kebanyakkan orang pilih pisang yang cantik kulit tapi khasiatnya kurang. Jangan sangka orang rupa hodoh tidak hebat, mungkin lebih mulia hati dan akhlaknya dan Allah lebih sayang kepadanya.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday 23 October 2013

Stres Boleh Mengganggu Kesihatan dan Kesuburan Seorang Lelaki ataupun Perempuan

SETIAP orang daripada kita terdedah kepada stres, tidak kira sama ada ketua pegawai eksekutif yang sibuk atau ibu yang duduk di rumah atau hinggalah ke anak yang berusia tujuh tahun.
Stres boleh didefinisikan sebagai tindak balas terhadap sebarang rangsangan atau cabaran yang mengganggu fungsi normal dan mengganggu kesihatan mental atau fizikal.

Stres bukan sahaja mampu menggugat kemesraan tetapi juga mengganggu kesihatan sama ada kesihatan fizikal, emosi dan seksual. Walau bagaimanapun, masalah utama bukanlah stres itu sednri tetapi bagaimana kita menanganinya.
Stress/tekanan/tension sama ada mental , emosi atau fizikal semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan seseorang lelaki atau perempuan.


Apakah kesan stres ke atas kesuburan?

1. Ia bolih melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.

2. Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.

3. Mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.

4. Saluran fallopio boleh jadi mengecut dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.

5. Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam kedinding rahim/implantation.

Bagaimanakah cara untuk Mengatasi Stres?

1. Berzikir mengingati Allah atau meditation

Berbagai jenis teknik relaxation boleh dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat.

2. Deep Breathing/ Pernafasan selama 5 minit.
Waktu berkerja, dalam apa2 kesibukkan, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan hembuskan keluar melalui mulut juga perlahan-lahan. Ulang beberapa kali sebelum mulakan semula perkerjaan atau lain2 aktiviti. Amalkan selalu.

3. Hubungi kawan atau saudara melalui talipon dan berbual-bual kosong sekejap tapi jangan terlalu lama dan jangan bangkitkan hal-hal yang boleh merungsingkan fikiran, Cari cerita-cerita yang ringan menggembirakan. Tapi jangan terlalu banyak luahkan perihal peribadi.

4. Baring terlentang atas lantai, sedut dan hembus keluar nafas perlahan2. Bayangkan anda buat mental scan untuk merasi kesan stress ,mulai dari hujung jari kaki dan terus naik kedalam kepala. Berhenti seketika ditempat yang anda rasai menekan/stress dan sedut dan hembus keluar nafas 1-2 minit.

5. Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. Gunakan alat pengurut letrik dan kenakan pada belakang leher bahu dan sekitarannya.

6, Lihat tayangan video komedi atau baca majalah kartoon atau komediti untuk menggelitik hati kita untuk ketawa dan senyum. ' laughter is the best medicine'.

7. Berjalan , jogging atau berlari di taman-taman/park atau ditepi hutan atau liring bukit. Pokok-pokok ,daun-daun hijau dan bunga-bunga yang indah berwana warni dengan haruman baunya jadi penawar hati yang tertekan.

8.Di dalam keadaan stres lebih banyak khasiat diperlukan. Pengambilan vitamin dan makanan tambahan dapat membantu mengatasi masalah stres. Makanan B kompleks contohnya dapat menolong membekalkan tenaga, mengurangkan keletihan dan membantu melawan tekanan.

9. Perubahan gaya hidup boleh membantu menangani stress dan memperbaiki kesihatan seksual. Cuba amalkan gaya hidup yang sihat.

10. Dari segi pemakanan, kurangkan pengambilan makanan berlemak, sebaliknya tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.



Credit to Dr Hamid Arshat

Lagi tips untuk merangsang KEHAMILAN dan KESUBURAN. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tip Mencuci Muka dengan Betul Bantu Mengawal Jerawat

Menghilangkan jerawat pada muka atau wajah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan disiplin dan kegigihan yang tinggi. Jika semangat anda untuk menghilangkan jerawat pada muka atau wajah hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja, kegagalan adalah jawapan yang pasti.

Apa langkah yang paling penting dalam perawatan wajah? Jawapannya mestilah mencucuci muka. Dengan mencuci muka kita telah menghilangkan segala kotoran dan minyak dari muka kita. Sebahagian besar dari kita, baik wanita maupun lelaki pasti tahu akan hal ini dan membersihkan wajah dua kali sehari sudah menjadi perkara biasa kan.

Namun, adakah kita mencuci dengan cara yang betul? Penting untuk kita mengetahuinya untuk mengelakkan wajah anda daripada di cemari atau kotor. Ikutilah 5 langkah mudah untuk mencuci muka dengan betul.


Langkah 1: Cuci Tangan
Cuci tangan sebelum anda mencuci muka. Maksud yati,cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika anda dapat menggunakkan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda .

Langkah 2: Buang Kotoran Pada Muka
Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan air bersih. Kemudian lap muka dengan tuala muka. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.

Langkah 3: Cuci Muka Menggunakan Pencuci Muka
Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda (cth: jenis untuk kulit yang berminyak atau kulit kering). Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung dan telinga dan di bawah dagu.

Langkah 4: Bilas Muka
Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)

Langkah 5: Pelembap Muka
Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.

Selamat mencuci muka dengan betul...senang dan mudah je ni kan..Sekian...:-)

Thank u so much to Sumber


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Testimoni Collagen Powder Shaklee Memberi kesan Terbaik

Setiap kali nak tulis pasal collagen ni, perasaan yati teramatlah teruja dan suka...tak tahu kenapa..mungkin sbb sekarang yati sendiri dah dapat merasa kesan collagen powder shaklee ini kut. Jadi hari ini, yati nak kongsi testimoni pengguna collagen powder shaklee....

Ini sebahagian testimoni Collagen Powder Shaklee. Lihatlah betapa marvelousnya keberkesanan Collagen Powder Shaklee ni. Sampai ada yang beli sampai tiga kotak sekali disebabkan terlalu seronok dengan perubahan yang ketara pada dirinya.

Testimoni 1 :"Husband tengok perubahan sampai sanggup belanja belikan kolagen ni"



















Testimoni 2:Kulit terasa licin, lembut n bersih, husband selalu "mau" 


Testimoni 3:Sekarang hanya pakai bedak je pergi kerja

Testimoni 4:Muka glowing dan bersinar-sinar

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday 8 October 2013

Teruja dengan kolagen terbaik dari Shaklee

Buat pertama kalinya dalam hidup saya sepanjang 28 tahun saya minum kolagen...hehehe..mesti anda cakap saya kuno atau ketinggalan zaman kan?ha..tapi itulah hakikatnya. semalam sebelum tido saya ambik 1 sachet kolagen shaklee minum bersama dengan ESP. Pada awalnya mcam takut sikit nk minum, bukan apa saya takut rasanya tak sedap, tapi alhamdulillah bila minum tu xrasa pun yang ESP saya berubah rasa, so habis la 1 gelas esp bersama kiolagen.sedap...hehehe.

Kesan?oh kalau saya cakap kesan dia bila bangun pagi ni muka saya licin, tegang, putih gebu, anda percaya tak?tak percayakan?memang la tak betul..hehehe.tak kan la ambik 1 sachet dh nak rasa macam tu sekali...
Apa yang saya rasa?Rasa gembira, mood happy je..mungkin sebab semalm tido minum kolagen shaklee kan..kolagen terbaik tu.^_^

Sedikit perkongsian tentang kolagen hebat dari shaklee ini.

Fakta bukan Auta.

Kolagen Shaklee bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

16 Fungsi Collagen Powder Shaklee

1. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
2. Mengecilkan liang-liang roma
3. Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
4. Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
5. Mengembalikan keanjalan kulit
6. Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot-otot
7. Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman yang memerlukan Collagen
8. Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
9. Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
10. Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
11. Menegangkan kembali payudara dan punggung
12. Mengurangkan garis halus pada leher
14. Menguatkan gusi anda
15. Memelihara kornea mata anda daripada kering dan cepat letih
16. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata


Kesan Kekurangan Kolagen pada tubuh badan 

» Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata .
» Kesan bengkak bawah mata .
» Penglihatan kabur.
» Gusi yang tidak sihat
» Rambut kering dan bercabang di hujung .
» Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering .
» Garis halus pada leher .
» Kulit hilang keanjalan, lebih kering .
» Kelihatan tua daripada umur sebenar.
» Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan .
» Payudara dan punggung kelenturan .
» Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi .
» Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan .


Oklah cukp dulu untuk kali ini..nnt yati update lagi ya apa yg yati rasa setelah minum collagen shaklee ni.
Tunggguuuuuu!!!!!!!!!!!


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday 7 October 2013

Kesan dan Manfaat Kolagen Shaklee

Di dalam Islam, menjaga kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah diwajibkan. Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah dilarang kerana hukumnya haram.

Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapat­kan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.

Menurut Pegawai Perubatan Estetik Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah (PKW), Bandar Baru Bangi, Dr Siti Hawa Abd Karim, kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.

“Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan,” katanya. 

Apa itu kolagen?
  • Collagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligemen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. 
  • Collagen banyak membantu dalam kecantikan dan kesihatan, mengekalkan kemudaan, anti-penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan.
Namun, apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.

“Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit,” katanya.

Oleh kerana itulah, pengambilan kolagen dalam diet seharian kita amat penting bagi mengekalkan kesihatan. keanjalan dan kecantikan tubuh badan.

Shaklee Collagen Powder – Lebih dari Sekadar Collagen
  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah
  • Mempunyai jisim molekul yang sangat rendah lebih kurang 1000 dalton menjadikan kadar penyerapan lebih pantas dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Shaklee menambah 7 ramuan yang aktif untuk meningkatkan keberkesanan collagen: Ekstak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, Vitamin C, B2, B6, Lactobacillius Acidophilius, Ekstrak kulit kerangan laut, Kolagen dari Ikan.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Shaklee RSS secara langsung akan memberikan kesan yang menakjubkan: 
  • ANTI PENUAAN - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • MENGHIDRAT - melembapkan kulit bagi mengurangi rasa keringdan berkupas pada muka
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
  • MELICINKAN - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • MENYUBUR - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • MENCERAH - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • MENEGANG - membantu menegangkan dan menganjalkan payudara 
Kesan pengambilan Shaklee Collagen Powder

♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%

♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%

♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%

♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%

♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%

♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%

♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%

♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%

♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan ~ 18%

Saya sendiri teruja tau bila tahu tentang banyak manfaat kolagen shaklee ni...insyaallah malam nanti yati akan mula makan kolagen.Nanti kesan ke atas diri yati sendiri akan yati update dalam blog.Tungguuuuuuuuu......^_^

Bulan Oktober bulan promo untuk kolagen Shaklee tau..harga memang jauh lebih murah berbanding bulan biasa...selalunya 1kotak RM298 tau...tapi bulan ni Buy 6 Free 1...memang murah lah...rugi sangat tak gunakan peluang keemasan ni. Setahun sekali pun belum tentu ada promo untuk kolagen ni.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday 2 October 2013

Berat badan naik mendadak ketika hamil?

Kenaikan sebanyak 1/2kg seminggu ketika hamil dikatakan sebagai normal. Bagi wanita yang kurus, boleh mengalami kenaikan sebanyak 20kg sepanjang kehamilannya. Manakala untuk wanita yang obes pula, selalunya tidak mengalami kenaikan berat badan yang banyak, mungkin 5kg sahaja sepanjang kehamilan.

Bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak, anda bolehla mengambil makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah. Elakkan makan makanan berkalori tinggi. Di antara makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah adalah :-
  1. Sayur-sayuran kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbonat tinggi dan hendaklah dimakan dalam jumlah yang minima,
  2. Buah-buahan. Namun buah-buahan yang manis seperti anggur, durian, rambutan dan lain-lain hendaklah di makan hanya sedikit kerana mengandungi "gula" yang boleh menambahkan berat badan.
  3. Karbohidrat kompleks seperti beras perang, bijirin penuh dan roti penuh
  4. Protein tanpa lemak seperti ayam yang dibuang kulit dan ikan.
  5. Air kosong.
Kenapa wanita hamil mengalami masalah pertambahan berat badan yang mendadak?
  • Ramai wanita hamil sering mengatakan diri mengidam itu dan ini. Misalnya makanan seperti buger, piza, ayam goreng (dan semua makanan yang di goreng) dan akan merajuk jika ada pihak menasihatkan supaya berhenti makan makanan yang berkalori tinggi ini.
  • Ibu-ibu hamil yang mengamalkan tabiat makan untuk dua orang. Padahal bayi cuma memerlukan 100 kalori/kilogram sehari. Si ibu pula makan 3000-4000 kalori sehari,
  • Ibu-ibu yang sering makan makanan dan minuman manis (ini termasuklah pengaambilan susu untuk wanita hamil yang berlebihan,minuman berkhasiat tetapi berkalori tinggi, susu pekat manis, kuih-muih, kek, roti, bun, gula-gula, aiskrin, coklat dan banyak lagi)

Jika anda merupakan seorang ibu hamil yang mengalami masalah berat badan, jumpalah pakar pemakanan jika ada di hospital berhampiran. Jika masalah berat badan meningkat secara berlebihan, anda perlu diperiksa untuk masalah kencing manis.

Ibu mengandung memerlukan pemakanan yang baik untuk dirinya dan juga bayi yang dikandung. Jesteru, ibu seharusnya makan mengikut keperluannya bermula pada awal kehamilan bagi memastikan kandungan dan berat badan ibu yang ideal.

Vitamin yang di perlukan oleh ibu hamil, baca sini.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121