Wednesday 20 March 2013

Tips Elak Perut Buncit

Perut buncit?Oh tidak...saya pasti semua orang kalau boleh tak nak perut buncit kan? saya sendiri, apabila rasa macam perut buncit je mula la naik gelabah...so sebelum menjadi lebih parah, baik kita cuba atasi dengan segera..orang kata mencegah lebih baik dari mengubati...(",)
Kali ini, yati nak share beberapa tips dan panduan untuk elak dari perut buncit yang di ambil daripada dietitian syima.

Ramai antara kita akan perasan berat kita naik apabila perut kita makin buncit, bulat atau seluar kita makin ketat. Lemak yang berlebihan di bahagian perut adalah amat bahaya kerana akan melemahkan organ-organ berhampiran seperti hati, jantung, pancreas dan lain-lain. Lemak di kawasan ini juga adalah yang paling tidak stabil, maksudnya bila-bila masa boleh masuk kedalam darah dan blok mana-mana salur darah yang boleh mengakibatkan sakit jantung ataupun strok.



Macammana perut buncit terjadi?

Perut buncit terjadi disebabkan oleh aktiviti harian kita yang tidak aktif, cara pemakanan yang tidak betul, penghasilan hormone kortisol dalam otak kita yang menyebabkan kita stress dan perubahan hormone disebabkan menopose. Kebanyakan orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan biasanya mempunyai perut yang buncit. Tetapi masalahnya ramai juga yang mempunyai berat badan yang ok, menghadapi masalah perut buncit juga.

Bagaimana mengatasinya?

Untuk mengatasi masalah perut buncit, keseluruhan faktor yang menyebabkan perut buncit perlu diambil kira. Bukan hanya dengan menurunkan berat badan, masalah perut buncit dan masalah kesihatan kita akan dapat diatasi. Di sinilah pentingnya amalan diet yang betul dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Tak kisahlah cara apa atau alat apapun yang digunakan untuk menurunkan berat badan, jika tujuan utamanya adalah untuk mendapat kesihatan yang optimum, Diet yang betul dan amalan cara hidup sihat tidak boleh ditinggalkan. Ini adalah satu-satunya cara untuk memenuhi impian kita untuk sihat dan cantik.

Diantara tips-tips dan  panduan untuk mengelak daripada perut buncit ialah:-

1.Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan berlemak

2.Kurangkan minuman manis terutama minuman bergas

3.Pastikan minum cukup air kosong (setiap 25kg berat badan memerlukan 1litre air). Air kosong tidak 
mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

4.Jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa

5.Ambil masa 15 minit untuk berjalan setiap kali selepas makan

6.Pastikan mengambil makanan tinggi serat setiap kali makan kerana ia boleh melambatkan proses penghadaman makanan. Cth: sayur, buah, wholegrain dll.

7.Amalkan senaman dan jadi lebih aktif. Selain membakar lemak, senaman juga dapat menghasilkan hormone dopamine yang boleh mengurangkan stress dan memberi mood ceria kepada kita.

8.Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar.

9.Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

10.Lakukan senaman latih tubi atau ‘sit up’ di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

11.Dapatkan tidur yang berkualiti dan cukup kerana ia boleh mengurangkan hormone kortisol yang dapat mengurangkan stress kita.


"Sit Up' boleh membantu mengempiskan perut

Jom sama-sama kita amalkan..selain daripada dapat perut kempis ia juga membantu memberikan kesihatan yang baik kepada kita..in shaa allah. Kalau yati no 7, 10 dan 11 susah nk di lakukan...huhu..

Jika anda berminat dengan set shap-up shaklee boleh klik di sini.

Herb-Lax juga dapat membantu anda dalam mengatasi masalah perut buncit.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

1 comment: