Thursday 26 September 2013

Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu melalui Power Pumping

Bagi mana-mana ibu menyusu yang mengalami masalah susu merundum, usah khuatir kerana masih ada cara untuk anda meningkatkan semula penghasialn susu ibu.

Power pumping merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu anda untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya sungguh mudah!Apa yang diperlukan hanyalah pam, peruntukan masa selama satu jam dan semangat ibu yg jitu.

Teknik Power Pumping

1. Tempatkan pam payu dara di lokasi bersesuain di rumah agar anda dapat melakukan kaedah power pumping di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan.

2. Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam (breast shield) setiap kali berhenti rehat. Malah anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.

3. Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan. Namun pastikan setiap susu perahan itu disejukkan terlebih dahulu. Apabila suhunya sama, barulah semua hasil perahan power pumping di satukan di satu bekas.

4. Sekiranya boleh, cuba dapatkan tidur siang seketika terutamanya ketika rehat makan tengah hari bagi membolehkan anda berjaga di waktu malam hari.

5. Bagi golongan muslim, cuba tidur awal dan bangun di waktu pagi untuk melakukan solat sunat terutamanay tahajud. selesai bersolat anda boleh la memulakan power pumping.

6. letakkan selimut mahupun gambar bayi bersebelahan tempat anda mengepam atau lebih baik lagi, anda mengepam di sebelah bayi. langkah ini sangat bagus kerana ternyata ia dapat membantu merangsang penghasilan susu yang banyak.

Golongan yang turut memerlukan power pumping

  • Ibu yang memasang impian menyusukan anak angkat
  • Ibu yang mahu menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan (relaktasi)
  • Ibu yang kekurangan susu akibat daripada perubahan hormon ataupun kesan daripada kurang mengepam.
Power pumping boleh di lakukan setiap hari, seminggu sekali, atau dua kali seminggu. GOOD LUCK MOM!! ^_^



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment